Masa ni berlaku yer slps percutian kami di Batu Feringgi pada 09/05/2010..
sggh dulu shopping kompleks Prangin Mall utk menjamu mata jer..
xder pun menyopping pon....
sblm 2 kami minum dulu di fomous Cendol Penang(kegemaran suamiku)
jalan nk p ke Mydin Penang..mmg fomous pon cendol @ ais kacang yer..
nk th fomous yer krn minum yer sambil diri jer..2 yg sedap kot..hihihi..
lps 2 kami bergerak ke Prangin Mall, Penang..
kat sini lak fomous ngn dvd yer plak..nk dijadikan cerita yg x dpt dilupakan..asyik2 aku menunggu suamiku,adikku.ank sedaraku kluar dr kedai buku PoPular...
tetiba jer guard suruh yer kami keluar..
.trpinga2 aku dgr..nasib baik sume yer dah kluar dr kdai buku 2..
so apalg..brlari la kami..pgg yer tngan ank aku x lepas2..
dah ler 2 time nk trn lift brtolak2,,sume yer nk cpt kluar hggakan suamiku dh kedpn tggl yer kami kat blkg lg..
alhamdulillah ,,selamat sume yer dh kluar dr bgunan 2..
ambik keta trus yer kluar dr Pulau Pinang.
mana tak yer nk rebut lift utk keluar dr bgunan shopping kompleks 2..dgn org ramai berpusu2, berkejar lari nk keluar dr bgnan 2.
semua yer nk kluar..,,bygkan la time 2 kami brada di tgkt 4,,nk turun ke grand floor..dihmpit2 lak ngn cina,india,melayu,bdn besaq,bdn kecik 2 x trmasuk ngn P.A.T.I lg..
ramai ooo..
ms 2..aku x dpt bygkan la..jk la dlm wktu 10 minit brlalu brlaku yer.....
mcm yer brlaku di Padang, Sumatera..
begitu panik dan cemas...
Pengunjung lari
panik
GEORGETOWN: “Saya ingatkan mengalami tekanan darah tinggi semula apabila kepala seperti berpusing dan pening seketika,” kata pekerja pusat beli-belah Prangin Mall, Noor Asmarane Mawi, di sini, yang merasai gegaran akibat gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter di Utara Sumatera, Indonesia, petang semalam.Gegaran kira-kira dua minit akibat gempa bumi di negara jiran itu mengejutkan orang ramai di kawasan pulau dan Seberang Perai terutama mereka yang berada di bangunan tinggi.Noor Asmarne, 33, berkata, ketika kejadian dia sedang menulis laporan kerja sebelum kepalanya berpusing seketika, tetapi mendiamkan diri kerana menyangka mengalami tekanan darah tinggi, namun apabila melihat ramai pengunjung pusat beli-belah itu lari ketakutan, baru dia menyedari ia adalah gegaran.Katanya, pengunjung lari dalam ketakutan dan sekelip mata, kebanyakan mereka berada di luar serta memandang ke arah bangunan lapan tingkat itu.“Semua panik mula bercakap mengenai bencana tsunami pada 2004 selepas merasai gegaran skala sederhana itu.“Saya hanya mengetahui cerita sebenar selepas menghubungi balai polis berdekatan yang memaklumkan mengenai kejadian itu dan saya bersyukur tiada amaran tsunami dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, barang di kedai tingkat empat pusat beli-belah itu jatuh akibat gegaran dan keadaan tenang semula 30 minit kemudian. Sementara itu, Perunding Kewangan, Bobby Tan Teong Soon, 62, berkata, badannya seperti bergoyang kuat ketika makan bersama keluarga di Jalan Transfer dan bergegas keluar dari kedai selepas merasakan gegaran.itu berlanjutan hampir dua minit.“Ini pengalaman pertama saya merasakan gegaran akibat gempa bumi dan masih trauma hingga sekarang.“Ketika berdiri di luar kedai, saya hanya mampu berdoa gempa bumi tidak berlaku di sini,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa bumi kuat berukuran 7.1 skala Richter menggegarkan Utara Sumatera pada jam 1.59 petang semalam dan berlaku di pusat gempa kira-kira 502 kilometer barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang dan barat daya Meulaboh, Indonesia.Katanya, antara negeri yang merasai gegaran dua minit itu ialah Pulau Pinang, Perlis, Lembah Klang, Kedah dan Langkawi, tetapi tiada ancaman tsunami dilaporkan.
"Empat kawasan di Pulau Pinang yang merasai gegaran ialah Seberang Jaya, Batu Feringgi, Sungai Dua dan Batu Kawan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
--------------------------------------
petikan Harian Metro...10/05/2010
0 ulasan:
Catat Ulasan